Assalamualaikum..Terima kasih pada yang melawat blog ini.....hendak dikatakan disini blog ini di buat hanya sekadar suka-suka, untuk berkongsi cerita dan pengalaman...blog ini lebih banyak mengisahkan tentang kehidupan empunya blog CHOCOLATEPINK. Jika ada yang tidak berkenan dihati anda sila inform pada saya jangan hanya bercakap belakang okey!!sesiapa yang bercakap belakang dia di kategorikan sebagai pengecut..hahaha....harap anda ke blog ini dengan hati yang ikhlas...Semoga hari-hari yang dilalui hanya kerana ALLAH S.W.T...AMIN

Isnin, 23 Julai 2012

Jangan Tangisi Aku

Jangan bersedih kerana aku...
Tersenyumlah..,
Hanya itu yang mampu menceriakan hati ini...

Biarkan aku sendiri menangisi...
Meratapi diri yang penuh liku2 hidup...
Walauaku lemah aku mampu bersabar...
Menantikan hari2 keajaiban dariNya...

Aku tak mampu tersenyum sendiri...
Bantulah aku kembali tersenyum..
Dikala ini hanya air mata teman setia...
Apabila aku merasakan itu...

Kamu..kamu.. dan...kamu...
Jangan anggap ini beban pada mu...
Ketika inilah kamu diperlukan...
Tapi.. aku tak sanggup...
Tak sanggup mengheret kamu dalam hidup yang penuh kesengsaraan...

Edit by Rusfainy Atikah Bte Azman
23.07.2012 (12:57 a.m)

~Chocolatepink~

Ahad, 8 Julai 2012

Izinkan aku...

Aku berhak merasa nikmatnya dunia ini. . .
Aku berhak merasa bahagianya hidup ini. . .
Aku berhak merasa apa yang kamu rasa. . .
Aku inginkan apa yang kamu ada.. .

Tapi bagaimana ingin aku kecap semua itu. . .
Diri ini lemah tidak terdaya lagi. . .
Aku mohon Ya Allah beri aku satu peluang. . .
Merasa kembali indahnya kehidupan..

Ya Allah. . . Ya Allah. . . Ya Allah. . .
Tak tertanggung lagi ujian yang Kau beri. . . .
Tapi seberat mana ujian mu. . .
Alhamdulillah. . .sampai ke hari ini aku bernafas. . .

Sebelum mata ini tertutup izinkanlah aku. . .
Izinkan aku merubah keluarga aku. . .
Teringin sekali aku melihat wajah ibu ayah. . .
Tersenyum bahagia dengan kejayaan anaknya. . .



~Chocolatepink~

Sabtu, 7 Julai 2012

Akaun Nuffnang tak leh submit!!

geram tol....kenapa akaun nuffnang aku tak leh submit erkkk???Dah berapa hari dah aku try tapi tak leh buka juga. . .forgot password pun dah buat tetap tak boleh. . .macam ner nak buat ni wei. . .


~Chocolatepink~

About Love

Lama menyepi hari ni kembali...Assalamualaikum. . . .ada tak sesaper yang membaca entry2 saya angkat tangan pat saya nak kira ni nak bagi hadiah. . .okey tipu! Thanks pd sape yang baca. . lowat nau siap nak thanks bagai. . .eh suke hati lakimakakupunyaanak ler. . . tetiba hari i on my heart postkan story. . . rasa dah lama tak dok citer pasal Mr. R kite tu. . . niat hati xnak beratkan pasal cinta sebab keadaan kesihatan melemahkan segalanya. . . . :-(

Seumur hidup aku belum pernah berjumpa lelaki yang sanggup bekorban apa sahaja tuk orang tersayang. . . nak2 menerima sang kekasih hati seadanya sedangkan si kekasih hati sedang bertarung dengan penyakit. . . Aku bersyukur sangat sebab walaupun Tuhan beri aku ujian yang paling berat dalam hidup aku dalam masa yang sama Tuhan berikan aku seseorang yang sanggup menunggu aku dalam apa jua keadaan sekalipun...Alhamdulillah. . . .

Masa 1st dpt tahu tentang penyakit aku tu macam2 bermain dlm pikiran yang berkaitan dgn masa dpn. . . antaranya Mr. R. . .malam yang aku dpt tahu tu aku kat hospital Mr. R tengah main futsal. . . aku langsung tak bagitahu dia berkaitan berita buruk yang aku dapat tahu tu. . . Selalunya lepas Mr. R main futsal dia akan msg aku or call. . .tapi msg  dan call aku tak layan sebab aku nak mulakan jauh dari dia.  . .tapi aku tak boleh nak jauh dari dia. . .sebab setiap kali aku masuk hospital dia lah selalu teman aku kalau mak ayah tak datang. . . .

Aku ingat nak sorok dari dia tapi rupanya dak kakak dah bagitahu Mr. R mlm tu juga. . . sejak Mr. R tahu tentang sakit aku perangai dia terus berubah dari segi layanan. . . bukan makin terok tapi layanan dr Mr. R makin hari makin menggembirakan hati aku. . .sebab dia tak pernah jauh dari aku. . . sejak itulah aku jadikan dia sebagai penguat semangat dia. /. .

Tapi aku selalu terpikir sampai bila dia nak tunggu aku. . .kalau dia tak merana sekarang mungkin satu hari dia akan  merana jugak. . .aku selalu cakap kat dia . . .

Aku : awak. . .awak carilah orang lain. . .saya tak sesuai tuk awak. . .saya sakit awak sihat awak ada masa depan tapi sy tak ad. . masa depan awak cerah lagi. . .masa depan saya dah gelap. . .
Mr. R : Awk. . .saya masih punya akal tuk berfikir. . saya tak sejahat macam tu nak tinggalkan awak biar macam manapun keadaan awak saya akan tetap tunggu. . .kita sama2 usaha tuk sembuh kan awak. . .apa yang terjadi semua ni ada hikmah. . .
Aku :Tapi sy rasa sy akn pentingkan diri berkawan dgn org sihat. . .hidup sy pun entah sampai bila boleh tahan. . .saya dah putus asa. . .kalau awak rasa nak cari orang lain awak cari je tau. . saya tak kisah sebab sy syg awk sy nak awk ada hubungan mcm org lain jugak. . .
Mr. R : dah2. . .sy tak suka awak cakap macam tu. . .org yang sihat pun boleh mati tiba2. . .yang penting kita usaha n jgn putus asa. . .saya tetap akan syg awk sampai bila2. .
Aku : terima kasih awk terima sy seadanya walaupun sy tak sempurna mcm org lain.. . .

Aku selalu hantar msg kat dia suwo dia cari lain n aku msg kata aku gase hidup xkan lama. . . tapi bukn dia simpati bila membaca msg tu. . .dia marah aku lagi ada ler. . .sebab dia tak suka aku ckp mcm tu. . . Aku besyukur sangat sepanjang aku sakit dia yang selalu bawa aku jenjalan. . kawan baik aku pun ada gak bw. . motif btahu kwb baik pun bw sbb xnk dowg kcik hati heeee. . .Mr. R pun selalu bawa aku tok berubat walupun jauh mana pun dia akan bawa. . kalau aku ngidamkan something aku bitahu dia mesti kejap je da dia hantar kat umah. . .Kalau aku kena tahan wad . . .waktu melawat dia tak pernah miss teman aku. . .biasanyer dia akan lawat aku time mak aku tak melawat. . . biasanyer waktu melawat tengahari la dia kerap teman sebab tengahhari mak jarang datang...bukan Mr. R tak suka family aku tapi sebab si Mr. R aku ni pemalu sikit. . .kalau dia dtg lawat aku kebetulan kejap lg tu mak ayah aku datang jadi patung la nampaknya si Mr. R. . .Mak aku gelarkan dia patung. . .

AApa2 pun aku bersyukur adanya dia dalam hidup aku. . . aku xkan menghampakan dia n tinggalkan dia ekot suka aku lagi(*penah terjadi okey) hanya dia yang terakhir dalam hidup aku... Insyaallah kalau jodoh. . .

~Chocolatepink~

Sabtu, 16 Jun 2012

Sentuhan Kata

Tidak semua yang kita impikan akan kita dapat. . .mengharap kan sesuatu yang cerah di masa hadapan tapi yang dapatnya kegelapan. . .  Jangan cepat melatah jangan cepat tersungkur. . .malah cepat-cepatlah bangun untuk kita mengejar sesuatu yang beharga di hadapan walau ia bukan wang ringgit tapi kejar la ianya sebagai untuk kita pejuangkan kehidupan supaya masih ada lagi sinar harapan dalam diri. . .


Jangan merasa ujian itu berat. . .Masih ada lagi yang menerima ujian lagi berat. . .Tuhan beri kita ujian kerana kita terpilih dan kita masih diberi peluang untuk kita mengejar Ilmu Dunia. . .Jangan pandang ia remeh tempatnya xsah lagi ke Neraka. . .pandang lah ia sesuatu yang penting untuk kita mengejar dan mrebut bau Syurga. . .


Dalam kita tidak sedar rupenya kita hanyalah pinjaman. . .segala harta benda bukan hak kita. . .Walhal kita membeli dengan wang ringgit kita. . . Tapi sedarlah wang ringgit itu jugak hanyalah pinjaman. . .Jangan riak jangan sombong. . .Kerana Tuhan itu Maha Melihat Maha Mendengar. . .Di kala kita leka dengan permainan dunia. . .maka hilanglah semua yang kita ada. . .

**Hanya ingatan untuk diri sendiri.... :-) juga sesiapa sahaja....


~Chocolatepink~

Selasa, 12 Jun 2012

Kenangan

SCRET ADMIRED -
Dulu masa jadi budak skolah tak terpikir nak dok becinta gan dak satu sekolah. . . .eceh tak terpikir k tak ada orang nak. . . .hahaahaha. . .memang tak ada orang nak lewtuuuuu. . . .aippp tak ada orang nak tapi ada orang minat taauuu. . . eauuuuuuuuuu. . . .bukan aku perasan  ye ini kenyataan. . . masa kat MELTECH(skolh tknik) aku kan dok asrama pastu ada bdk dorm aku ni tetibe kjap2 nak amek gambar aku. . . terasa cam model le plak..tapi..eh akak ni biauw le betui sikit kak owang xnak ada hubungan yang pesong2 ni kak oi.. . .memula dia mek gambar aku gan dia berdua pastu asik amik pic aku sowang. . .pelik disitu. . .geng aku ni mmg suke begambar tapi selalu beramai2 kali ni agak pepelik sesikit. . .bila di tanya akak tu kata sesajer..akhirnye akak tu bagitahu jugak. . .katanya ada budak kelas dia nak. . .uittttt bedebau dada den no...

Agak tidak percaya bila ada secret admired ni. . . .mana taknya geng aku ada sebelas orang. . . semua ada pakwe aku je sowang tak ada tau. . .kesian eden terasa eden ni rendah diantara kalian. . . .bila ada orang minat ni aishhh macam bulan jatuh ke riba. . .durian jatuh ke tanah.  . . pastu bila dah habis sekolah baru la aku tahu sapa gerangan jejaka yang dok meminati daku yang buruk tapi comel. . .orangya sangat smart Firdaus nama diberi dia budak kelas Elektrik. . .habis sekolah men tukar2 number n tukar gambar. . .wow tiap malam okey dia kol aku sampai kedit habis pastu kol lagi. . .maybe dia anak tokey topup so xheran. . .membuat andaian sendiri adlah tak slah yang ppenting tak fitnah. . .tapi kite orang just bekawan je tak berpasang. . .dia ni pemalu oraangnya. . .

KENA SERANG -
Lepas habis sekolah tu macam2 laki lak aku kawan. . .baru nak laku k cek kak oi. . .hahaha. . saya bukan PLAYGIRL ye. . Ni plak aku kawan ngan budak mekanikal namanya Azmin. . .bukn setakat kawan tapi pasangngan. . huhu. . entah macam ne leh tercouple gan dia. . .aishhhhhh. . .ramai tak bagi aku kawan gan dia. . .sbb. . .adaler. . .dengan Azmin ni bape bulan ajer kot. . .clash sbb dia ada pacar lain pada waktu sama. . .pasal si Azmin ni la aku kene serang dengan awek dia tu kat Jusco lama tempat aku keje. . .

Sebelum dapat tawaran sambung belajar aku bekerja kat Jusco lama sebagai Pembantu Jualan  bhagian kosmetik. . Aku ada meseg2 ngan bdk pmpuan tu. . .nak ekotkan patotnya aku yang marah2 dia sebab dia yang rampas budak laki tu dari aku.. . tapi disebabkan aku mwarisi kelembutan keluarga aku dan kemungkinan besar dak pmpuan tu mewarisi kegasaran keluarga dia. . . aku biar je lah dia marah aku. . .mals nak gadoh pasal laki ni.. . da mseg2  oke dia nak jumpe aku. . . .aku setuju jer. . aku suwo dia datang Jusco lps waktu aku habis kerja. . . .aku suwo dia bawa si Azmin ni. . .

Kesokan hari lain plak jadinya. . .waktu bekerja tak habis lagi tetibeadam inah ni n 2 3 orang member dia datang kat department aku tanya ''kau Rusfainy k!'' bapak gila paling sopan la dia tanya aku. . . mana sekolah kau belajr sape mapak ko. . .terbaikkkk. . .boboiboi betul minah ni. . . . aku yekan. . sambil tu dia campakkan gambar aku. . . ni lagi bagus. . mane adab minah ni belajar. . ok aku tak melawan sbb tmpt keje tak pasal2 manager datang join gaduh skali. . . pastu da bis kejer aku jumpeitu minah fuyoooooo bawa geng siotttt ramainyer. . .geng dia semua dok keliling kan aku. . alamak aka takotttt. . . hahaha dia pk aku akan tekencing kot dalam seluar tgk geng dia pastu melutut kat dia minta maaf. . oiii sowi aku bukan macam tu. . .

Tengok ganas aku pikir dia akan genggam kan jari jemari dia n melepaskan satu tumbuk. . .last2 aku kena jadi seorang kaunselin kepada dia. . .bape gaji kau bayar aku ni. . .dia menangis depan aku wei. . minta aku lepaskan budak laki ni. . .aku cakap aku dah lepaskan dia n aku tak hamak kot laki macam dia. . . dia engat aku akan simpati dan lepastu pujuk dia belai2 rambut dia suwo dia benti nangis. . . aku sikit tak heran dia nangis lagi dia nangis lagi aku perli2 tapi dalam bahasa yang sopan la kan. . . last sekali kita berdamai. . . hekele. . .ko dtang kat sini tunjuk lagak ko balin2 gambar last ko ni lembik gupenyeR. . . memang ko buat lawak la wei. . .

lepastu senyap da budak pempuan ni. , taapi si Azmin still lagi contact aku. . .tapi aku lyn macam tu je la kan. . . sekarang budak pempuan tu da clsh dengan si Azmin. . . .tu lah padahnya ko dok serang aku takpasal2. . . terok pempuan macam ni la. . . tak minat aku nak rebut pasal laki. . .

okeyla. . . pnjang lak citer aku ni. . .saje mengimbau kenangan tahun2 dulu. . .


~Chocolatepink~

Khamis, 31 Mei 2012

Kepahitan 2011 - part 8

Continue Kepahitan 2011


Seingat aku aku oprate 28hb 10 2011. . . . Selepas satu minggu  lbih aku oprate barulah aku dibenarkan pulang umah...itupun bila aku nampak doktor buat2 la terhegeh2 jalan depan doktor n nurse kat wad tu..kalau tak mmg lagi berminggu la aku kne tahan...org lain lps oprate 2 3 hr pastu dh leh balik. ... .

OKey walaupun dah settle tentang oprate buang cyst tu masih ada kerisauan lagi dlm diri aku. . . menunggu result sampel y dorang ambil msa oprate.. . . dup dap dup dap itu jantung bunyi2

Sebelum aku dibenarkan pulang tu doktor ada bg aku appointment untuk jumpe pakar dan appointment tukar tiub. . . Yang seingat aku tukar tiub tarikhnyer 11.11.2011. . . tarikh jumpe pakar aku tak ingat sebabnyer tak sempat tarikh appoinment jmpe pakar aku dah kene tahan wad dulu. . so jumpe je la dalam wad. . . doktor2 lelaki memang buatkan aku ta mau balik mata ta mau tutup mulut ternganga...aiyoooo..bleh cair siot. . . ok patient gatal!!!!

So 11.11.2011 aku p spital sbb nak tukar tiub . . . biasanye lepas tukar tiub aku terus balik. . . tapi tarikh ni aku minta nak try tak pakai tiub nak cube buang air macam biasa. . . so kene dok wad satu hari je petang aku leh balik. . . .

Tapi tiba hari petang lain lak jadi.. . .masa pakar n doktor bawah2 ni wat round. . .tiba ke katil aku doktor pakar suwo aku contact ayah aku sebab pakar nak jumpe mak ayah. . .aiyo masa ni tak pk ap2 pun. . . .

Bekenaan gan tiub aku tu. . .tetap tak leh buang air tanpa tiub. .. .( tension ok. . .aku pnah mnangis2 dpn 3 orang doktor sebabnyer aku dah xtahan dengan keadaan yang menggunakan tiub...kehidupan aku seharian susah dengan adnyer tiub. . .mereka pun nampak macam kesian kat aku. ..sob . . .sob . ..sob... )

Yang datang pada petang tu ayah n makngah aku( mrangkap kakak ayah). . . .mane mak???mak xdpt dtg sbb mak jaga budak. . .so gantikan makngah sebagai peneman ayah. . .ayah ni jenis tak banyak cakap. . . .

Sementara tunggu doktor pakar habis round aku suwo ayah n makcik tunggu dan aku p bilik rawatan tok pasang tiub. . .bila aku kuar dari bilik rawatan lepas selesai pasang tiub aku tengok makcik n ayah xada kat katil aku. . . .kebetulan dengar suara doktor pakar dalam bilik pejumpaan. . .so xla aku masuk sebab karang men masuk kang cam xhormat plak. . .aku dok je la kat katil. . .

Ntah apa yang dibincangkan antara doktor ayah n makcik agaknya. . .okey tidur dahulu sementara mnunggu mereka habis bincang. . .tetiba doktor kejut aku. . .makcik gan ayah dok luar sbb doktor tengah tgk aku. . .doktor tak cakap ap2 pun gan aku just satu pekatan yang aku engat sampai sekarang "besok kite buat kimo port kat sini.. ." . . .lg kata doktor"awak tak leh balik dulu hari ni k. . ." sgt sedih..sbb xleh balik. . .masa ni xterrpikir tentang kimo port tu. . .

lepas doktor blah terus kol mak sebabnk pesan bw brg. . .bila kol je dgr suara mak menangis... aku tanya kenapa mak nangis maka kata tak ada pape. . .aku pun tak pk pape yng negatif la.. .mybe mak pening k. . .

Bila tiba waktu melawat mak dtg. . .aku tgk mata mak bengkak jer. . .bila tanya mak kata tak ada apa2 lagi. . .ok aku mmg taksuka tanya byk2 kali,. ..

Tiba waktu malam lak dapat panggilan dari member aku. . ..
Member : Rus ko kat mana?
Aku : kat hospital. . .
Member : betol k ko sakit kanser tahap 3. . .
Aku ; ha????wei gila apa ko. .aku okey je la ni. . .sape yang ckp dgn kau?
Member : Ayaha aku ckp. . .
Aku :tak adalah doktor tak ckp apa2 pun. . . .

lepas letak je tepon hati dah jadi tak sedap. . . tetiba teringat balikkata2 doktor ptg tadi yang besok nk buat tapa untuk kimo kat bahagian bawah bahu belah kanan. . . Kimo????kimo u biasa aku dgr org yang sakit kanser buat. . . terus kol mak. .

Aku : Mak. . .mak ada sorok kan apa2 dari owang k?
Mak : sorokkan apa?takada la. . . .
(keadaan dah semakin sebak bila tringat pekataan kanser tu)
Aku : Mak ckp betol2 mak. . . (sambil nangis teresak2)
Mak : sorokkan apa?sape yang cakap?
Aku : mak taknak bitahu tak apa. . .(terus letak tepon)

kemudian mak tepon balik. . . .mak bg tahu pekara sebenar. . . terus menangis tak engat duna. . . dalam tepon [un mak je becakap bagi semangat suwo aku terima kenyataan ni. . .aku just diamkan diri sambil nangis. . .

Lepas letak tepon tu aku menangis jer. . .aku kol kawan aku Wani yang sentiasa bawa semangat pada aku. . . citer kat dia. . .tapi dia macam tak ada apa2. . . aku besedih dia leh lagi buat lawak kat aku. . .rupenyer sebelum aku dapat tahu mak aku da btahu dia dulu. . .mak aku kata dia pun nangis tersedu2 bila mak aku btahu aku sakit. . .Malam tu jugak member aku lg sorang yang aku panggil kakak dtg pd aku. . .

Serius lps aku dpt tahu tu aku tak leh sesorang. . . mesti gase nak nangis je..nasib baik adik sedara aku dtg teman aku kat spital malam tu. . . n malam seterusnya adik2 sedara aku jaga aku secara begilir2. . . .


''hanya tuhan yang tahu perasaan ketika itu. . . terus memikirkan tentang hari2 akan datang. . .perjalanan hidup yang akan berubah. . .impian yang akan musnah . . .keinginan masih tak tercapai. . . .dugaan yang datang sekali gus dalam hidup. . . bagaimana mak ayah mahu jaga aku?aku akan susahkan mak n ayah. . .padahal aku patot senangkan mereka. . .pesanan ayah pd mak..jangan menangis dpn aku. . .ya aku pun tak akan nangis depan mak. . .macam mana dgn dia?yang baru hadir dalam hidupkan. . .dpt k dia terima aku?Allah berat nya ujian untukku. . .tika ini rasa hidup bagaikan dihujung nyawa. . ."

~Chocolatepink~

Khamis, 24 Mei 2012

Mennhitung Hari

Alhamdulillah. . . dengan izin Allah dapat lagi aku merasa kehidupan yang penuh suka suki dan duka duki. . . .
Hari ni genap 20hari aku menjalani rawatan radiotherapy. . .tinggal 5hari je lagi. . tak sabar rasa nak habiskan rawatan ini walaupun ianya mengambil masa hanya 10minit. . . tak termasuk perjalanan pegi dan balik. . . pejalanan dari kereta smapai ke lif. . .masa menunggu lif tu terbuka. . . .oooh kalau dicampur adukkan bleh ambil masa 1jam. . .

Padahal sampai je kat bahagian radioterapi tu kalau tak ad orang lagi aku terus masuk tempat dia wat sinar tu. . . lps 10 mnit aku dah leh balik. . . .

Serius tak sabar nk menamatkan rawatan ni. . . letih rasa hari2 nak ulang alik p hospital. . . kalau badan sihat n cergas tak apa. . .


5HARI LAGI. . . .cepatla masa berpusing. . . pa la plan doktor lepas ni agaknye. . . ???
~Chocolatepink~

Selasa, 22 Mei 2012

Andai dapat putarkan kembali

Andai detik & waktu itu seperti roda yang dapat aku putarkan alangkah gembiranya diri ini. . . .
Andai duka itu boleh disapu dengan ubat yang ada di farmasi alangkah bahagianya hidup ini. . .
Andai masalah itu dapat dibuang jauh2 n xkan kembali lagi alangkah tenangnya hati ini. . . .
Andai dunia ini boleh ulang semula zaman kanak2 ku akan ku buat yang terbaik untuk mereka terutama ibu bapa. . . .


Tapi semua itu hanya andaian yang tidak akan berlaku. . .
Khayalan yang membuatkan diri ini berkeinginan. . . .
Impian yang menggambarkan sebuah harapan kosong. . .


Yang pasti semua tentang kita telah tertulis. . .
Apa yang bakal berlaku telah pun ditetapkan. . .
Masa hadapan telah dirancang. . .
Nantikanlah. . .walau kita xtahu bila ianya akan berlaku. . .


HANYA DIA YANG MAHA MENGETAHUI. . .

Edit by Rusfainy Atikah Bt Azman
22.05.2012 ( 2:00p.m )


~Chocolatepink~

Ahad, 20 Mei 2012

THINK POSITIF. . .mampukah aku?

Mata menampakkan cahaya walaupun tersembunyi nya hati yang sedang menangis. . . Telinga hanya terbuka mendengar kejayaan sahabat-sahabat seperjuangan. . . . Mulut mampu mengucap Alhamdulillah atas kejayan mereka. . . Tapi mampukah aku hanya melihat mendengar kejayaan mereka? Sedangkan aku juga punyai impian sendiri. . . Adakah Impian itu akan mati bersama hati yang tak mampu lagi bertahan dengan apa yang terjadi?hmmmm.....

Percaya apa yang berlaku semua ini ada hikmah nya. . . sampai bila? sembuh k aku dr penyakit ini? dptkah aku merasa kbahagiaan stu hr nanti? bagaimana sggup k aku tgglkan mereka y mhrpkan y terbaik dr aku? dpt k aku senang kan kluarga aku? dpt k aku bls pengorbanan mreka y bantu aku? banyak persoalan y selalu bermain di pkiran.terlalu banyak. . . .sampaikan tak mampu lg untuk berpikir mengecewakan hati sendiri yang tidak bersalah. . .

Aku cemburu. . . aku malu. . .cemburu dgn mereka y berjaya punya aset sendiri...malu dgn diri sendiri yang tidak punya apa2. . .sampai bila harus aku nanti. . . sampai bila harus aku tunggu. . . bagaikan tiada guna aku menghabiskan masa bersama buku-buku. . . bersengkang mata mengharapkan kejayaan dimasa hadapan. . .menghabiskan duit mak ayah. . . Tapi akhirnya tiada apa2 pada diri ini. . . KOSONG. . . Akhirnya tmpt aku dirumah shaja. . .

Tapi segala yang negetif aku buang jauh2. . . psotif adlh y terbaik..Allah itu Maha Penyayang dan Maha Adil. . . Dia tak akan uji kita kalau Dia tidak sayang akan kita. . .  Allah itu Maha Adil. . . Dia bagi kita peluang untuk kita ubah kpd y lbih baik. . . .Tiada hambanya yang Dia tidak syg. . . Akan ada yang terbaik untuk kita suatu hari nanti. . ya....AKU ADALAH INSAN YANG TERPILIH. . . THANK YOU ALLAH. . .  :-)

~Chocolatepink~

Sabtu, 12 Mei 2012

Mengidam mam kek

Tetibe malam tadi dok ngidam mkn kek...siap gatal2kan tgn p google jenis-jenis kek...mane tahu tengah klik2 gambar kek tetiba Doremon dtg membantu kuarkan kek itu dr laptop...dan terhidang la sejenis makanan yang diidamkan depan mata...okey mengarut....Terus hantar mesej kat Mr. R aku yang berbau..''awak saya teringin nak makan kek..'' huh lega sikit bila apa yang terbuku kat dalam hati ni dah di luahkan pada incik boifrend kite tu...tapi... :-(

Kejap2 dok nengok hanphon...xada respon dr Mr. R pun...bz nau ngan gym dia tu. . . xpe cik girlfrend paham. . .saje dok nengok2 handphone je. . lepas Mr. R habis gym Mr.  mesej. . ." nak makan kek apa.." bibir manyak senyum itu tlinga mau tercabut. . .hati manyak syuke maaa.....baru je nak reply Mr. R kol.

**************************************************

Mr. R : awak nak mkn kek apa?

Aku : ye2 la awk ni...(ayat xmmpercayai bf sdiri)

Mr. R :Saya tanya tol2 ni...t balik sy leh blikn trus hantar kat umah awak..

Aku : ????? (berpikir sjenak)Ermmm..ala t awak xtahu sy nak kek ap lak t. . .saya nak tgk gak kek y sdp2..besok awak bawa sy p spital..balik spital kite p bli kek leh?

Mr. R :boleh gak....besok kite p mkn kek scret recipe kat mahkota...kalau awk xlarat t sy blikan pastu sy hantar kat umah awak...

Aku : okey....hehe

***************************************************

So pagi tadi p hospital Mahkota Medical Centre Mr. R bawa. . . .Balik dr hospital terus menuju ke Mahkota Parade untuk mkn kek kat Secret Recipe. . .Untuk pengetahuan awak2 smua Mahkota Parade ni bersebelahan dgn hospital Mahkota Medical Centre. . . so xheran lakan balik terus p MP. . .

So sy pilih kek yougurt cheese...sedap jygak tapi trlalu manis...
okey ni bukn gambar masa aku gah makan..kebetula ptg tadi aku on9 pastu tgk kat Fb cousin aku dia pun mkn kek y sma macam aku hari ini..so aku copy je la pic dia ni....Thank You My Love....sbb layan kerenah saya selama perkenalankite ni...Mr. R aku tak suke mkn ke..so dia ust dok ngadap aku makan je...sian dia kene teman aku mkn.....t nak mam lg ea awak...okeya mau tito..babai..


~Chocolatepink~

Rabu, 9 Mei 2012

Kepahitan 2011 - part 7

Continue Kepahitan 2011

Orang lain semua menjalani kehidupan yang sangat normal. . tapi aku?????pergerakan terbatas dengan adanya tiub untuk aku membuang air kecil...okey aku tak berasa malu untuk bercerita disni. . semua ini pengalaman aku sepanjang aku sakit. . sekadar untuk berkongsi cerita derita aku. . terpulang ap org nk kata aku tak kisah. . . .

Sejak 24.09.2011 aku kene tahan wad selama 2bulan sebabnyer kencing aku masih tak normal. . .  sowang2 doktor check aku...so macam2 penerangan dr doktor aku dengar. . . .masa ni pendarahan dah makin okey...cume kadang je darah aku kuar secara tiba2. . . .so aku tak tahu apa punca sebenarnya masalah kencing aku  ni. . . antibiotik dah doktor bagi. . . tapi masih xleh tok membunag air kecil macam biasa. . .ada doktor kata sebab kuman atau kencing kotor . . ada doktor lain lak kata rahim aku dah bengkak dan kemungkinan rahim dah menghimpit kan pundi kencing sehingga aku susah nak buang air...Ya Allah risau jugak aku dgr. . . hurm....scan dh brp kali tp xnmpk apa2....

So buat appointment untuk ultrasound. . . tok tengok masalah buah pinggang. . . lepas dah dpt result ultrasound, doktor kata buah pinggang aku okey jer...so buat appointment tok ct scan plak. . . ct scan ni yang ak xtahan sbabnyer masa buat ct scan tu dia akan masukn satu ubat cecair dr jarum kat tgn y dia cucuk . . punyelah pedih macam kene renjatan elektrik jer aku rasa. . .menunggu result ni selama 4 k 5 hr.stiap hr aku tany doktor ap kputusan ct scan. . . jwpn dorang result blum sampai. . . smpai kan satu hr tu doktor paling besar kat situ mengamok sbb result tu dorg xamik lg. . .paling menyedihkan aku pun skali kene marah. . . paling tak leh blah masa tu. . . hr k brp nth aku dok spital doktor baru bg tahu result ct scan tu..so aku tanya lah lau sy oprate ovari sy kene buang k?skali dia jwp dgn nada y amat mnakotkan dgn muka dia sgt lh membuatkan aku mnitis air mata dan mengundang untuk aku melawan balik amarah dia tu...

"ha..ada sy kata kene buang. . .ada saya kata??"

patot k seorg doktor melayan seorg pesakit sbegitu rupa????sptotnyer doktor ni kene bg smgt n psakit ni brtanya sbb ingin tahu tntg oprate....haisshhhhhhh....menangis2 aku masa tu...semua doktor senyap..okey bab ni aku memang xsalah..sbb lps kjadian tu ad doktor pakar y lain dtg pd aku tok bg smgt balik kat aku dan doktor tu kata ''..sabar ea awk xslah..'' lpstu nurse plak dtg pd aku..nurse tu kata ''..bagus ko lwn..asik dia je nk betol nk mrh org..'' hahaha mcm2 ragam btol la doktor gn nurse ni...

Masa menunggu untuk operation membuang cyst tlh tiba...cyst tu lbih kurg mcm ketumbuhan atau bengkak kot..cyst tu ada pd kdua2 ovari aku belah kanan besr belah kiri kecik je...doktor just buang cust y dh mmbesar di sblah knan . . .tapi ovari doktor xusik . .masa oprate tu jugak doktor akn ambl sample tisu rahim aku untu dihantarkan ke makmal. . . ..kecut perut..masa aku kene tolak untuk ke dewan pembedahan..pastu mak citer ayah menangis masa nurse tolak aku tu..nurse tu pun pndg je ayah..(ni mak aku citer msa aku dh sihat) ....aku pun deadau..huh..hah..macam2 perasaan y bermain di fikiran msa dorg reht kn aku sblum mulanya pmbedahan tu..alih2 je aku dh xsdar lgsung..

Masa aku di tolak untuk ke dewan bedah pada pukul 10.00a.m dan aku keluar dr dewan bedah pada pukul 6.00p.m ..bayangkan 8jam aku dm dewan bedah..kesian pd mereka y mnunggu aku dr pg hingga k ptg..

ni sepupu sepapat aku..terimakasih ye sebb sanggup tunggu akak spupu mu ini...dorang ni spnjg aku dihospital selalu gak dowang dtg melawat...

Paling aku terharu...lepas dorang dh tolak aku masuk ke wad..dh salin baju smua...aku tgk dlm wad y aku dduk tu punya lh ramai semu sdare mare aku..penuh dlm bilik tu...masa ni aku dduk dlm bilik yang ada 4 katil...kebetulan pulak dlam bilik tu aku je pesakit lg 3 katil masih kosong..so xheran la kalau bilik tu penuh dgn saudara mara...masa ni aku mamai je..just pandang sekeliling pastu tutup mata...buka balik mata...tutup mata lagi...sedih woooo bila tgk mereka ni dtg...TERIMA KASIH PADA SEMUA....

seksa woo lepas oprate. . . sush nak gerak. . dah le oprate tu menegak. . . sekarang nak tunggu keputusan sample y dorang ambil..dlm msa 2minggu untuk tahu result. . . Huhu...sadis okeyh.....hurmmmmmmm

~Chocolatepink~

Jumaat, 4 Mei 2012

Terima Kasih Awak...

Walau diri ini penuh degan kesengsaraan . . .
Aku tidak pernah merasa lemah . . .
Kau hadir dalam hidupku membawa satu harapan . . .
Menjaga aku tanpa pikirkan erti keletihan . . .
Aku Masih mampu tersenyum kerana kau . . .
Walau kesakitan itu kurasakan . . .


Kini dunia aku terang dengan adanya kau . . .
Sinar baru dalam hidup tidak akan ku lenyapkan . . .
Akan kujaga hubungan yang terjalin . . .
Sehingga mata ini tak mampu untukku buka lagi . . .


Terima kasih awak kerana kau ada waktu susah senang ku . . .
Kau yang terakhir walau bukan yang pertama . . .

Edit by Rusfainy Atikah Azman
04.05.2012 ( 3:00p.m )

~Chocolatepink~

Khamis, 3 Mei 2012

En. Scuba dan Cik Yu dr Cherating

Tadi masa aku dan Mr. R  dlm perjalanan nak melawat family arwah(tgk post sblum ni)...tp kene singgah rumah dak kakak untuk ambil dia n tunang dia....borak2 gan Mr. R dlm kete psl dia kat Cherating 2 3 hr yang lepas....tb2 dia wat suare brek mengejut..tp xtrkejut pun...cume heran jer..dia ambil bag  y ad di tmpt dduk blkg n dia hulurkan kt aku....aku bukak bag plastik tu smbil trsenyum smpai tlinga nek capang.. hahaha... sbbnyer ad wrne kegemaran ku.pink kaler tuuuu..pndai betol incik boyfriend plih colour...ap y ad dlm bag plstik tu???

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............ 
En. Scuba n Cik Yu..comel sgt..Mr. R siap kopek kn tanda hrga...malu ea..ala xksh la murh k mhl y pnting dr awk n ptung ini sgt cumil...tq syg....pndai pun plih brg y cute tok sy yer..ni y nk suwo awk p jln jauh2 lg blikn y len2 lak..blehkan.....kesian dia..aku jer xpnh nk bg dia ap2... :-( tp sy dh bg bnda pling rharga...hati sy dh ada pd awk...dan sy mnta balik awk xnk pulangkan....tp sy happy sbb awk nk smpan ht sy walau ap jua keadaan sy... ^________^ senyum lebar si katak gedik..Mr. R bg gift ni o.t.w nk ke rmh pija sbbnyer tunang dak kakak tu nk tumpang balik t..so dia bg dlu la gift ni kt aku..t Mr. R bg time tunang si kakak ad mampui aku kne bhn..dia mmg suke bhn org y bru nk bunga2....so aku akn jd malu2 biawak...

Sampai jer umah dak kakak singgah jap umah dia salam2 mak dia..okeyh mak dak kakak baru balik dr umrah..sampai rumah dlm kol 2ptg td....so aku dpt lg...air zam2 n kcg.kurma n len2..
Murah rezeki aku tahun ni...slalu dpt air zam2 khas untuk aku...Alhamdulillah pd mereka y p umrah n egt aku y berpenyakit ini..thanks byk..dh siap2 terus gerak kerumah family arwah....sedih kot dgr citer dr kakak arwah....hurmmmmmm...


Ini budk telah memksa aku ambil pic dia.''..cpt le ika..cptle ika.''..aku wt bdo jer..xsampai ht nyer psl ambil jugk...ni pntang kamera on...dia lh pelowat number satu malaysia...


~Chocolatepink~

Rabu, 2 Mei 2012

Al-Fatihah buat beliau,,(Aqilah Ismail)

Balik jer dari hospital MAhkota Medical Centre teruson laptop..tergerak lak hati ni nk on FB..sbb kdg2 balik dr spital aku leka2 kjp pastu dh lama baru on lptop tu pun kalau laptop xada sesape gune...Bile dah on FB p kat home...bace2 status org y best2..skali..trbace satu status dr member SEKOLAH MNENGAH TEKNIK MELAKA TENGAH..y mengatakan :

''..selamat tinggal syg.....akak sgt terasa dgn pemergian akik..semoga akik di tempatkan di kalangan org yang beriman syg...akak redha...:(((al-fatihah... ''

Tiba ht jd xsdp..AKIK???setahu aku akik tu AQILAH...terus pergi kat FB arwah.....terus mulut mengucap...dan sdekahkan Al-Fatihah...mmg xsgka dgn pemergian arwah y sgt ceria...selalu baca status arwah..status arwah semua xmnunjukkn y arwah sdg sakit..mnampakkan arwah sgt ceria..cuma kdg2 je status arwah mnunjukkn y arwah sakit...
Arwah disahkan sakit leukimia pd thun lps.Arwah ni sgt ceria suke gelak2 suke begurau2......tahun lps skali aku pnh melawat arwah kat hospital Mahkota Mdical Centre...msa tu arwah baru je dpt thu tntg pnyakitnye...msa tu jugak aku masih siht n betenaga lg...hr tu baru berbual gn kwn aku nk p tengok arwah kat rumah arwah..tp xksampaian...aku knl arwah sejak Sekolah Teknik Melaka Tengah tp knl mcm tu jer....kemudian study kat Poli Kota Melaka...rapat sikit2 la jugak..bile jumpe betegur lah jugak...Akhir sekali sambung belajar kat Politeknik Merlimau disebabkan kami pljr Integasi kami selalu sama2 kesna kesini dgn mmber lain2 jugak...tp mula2 je..lpstu msing2 wat hal sendiri..sbb dhthu selok belok poli merlimau...n kelas pun dh lain so dgn mmber msing je la ksna ke sini...

" ..aku doakan semoga ko akan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...semoga ko aman dan tenang disana..kami semua sayang kan ko..nasib kau dan aku sama...kita sama2 menderita di waktu kita masih muda..tapi Allah lebih syg akan ko qila....mungkin hr aku juga akn tb..cuma ak xtahu bila..kita jumpe disana nanati....Al;Fatihah..''


~Chocolatepink~

Ahad, 29 April 2012

Kepahitan 2011 - part 6

Continue Kepahitan 2011

Start 24.09.2011 yag aku balik konvo terus pi hospital tu....sejak tu 2bulan lebih aku kene menginap do hospital...bosanner mmg xterkata dah la aku kne dok bilik asing dr psakit lain...bilik sesorang aku kne dok sbb kencing aku kuman...Masa mula aku minta balik tok sehari doktor xbg sbb takot aku kongsi toilet pastu berjangkit....


Pada 04.10.2011 satu lagi dugaan untuk aku n kesluruhan family besar(sdare mara).....slepas 2minggu nnek aku dirawat dihospital(masa ni aku masih kene tahan wad) arwah nenek(mak kepada mak aku) di sahkan menghembus nafas tok kali terakhir pada jam 5.30a.m... pg2 lg mak dtg k wad dgn mata y bengkak..ht dh rasa xsdp...bile mak bg tahu terus mnangis sbb aku xdpt nk tatap muka arwah nenek kali terakhir..selama aku duduk hospital skali je aku dpt tgk arwah itupun masa arwah xsdar dan itempatkan di wad ICU..hr2 nk p tgk tp nurse xbg,,takot ap2 jd kt aku..sebaknyer ht bile xdpt berbual gn nenek...just adik aku jer dpt bual gn arwah..sbb pd mlm terakhir tu adik  aku y teman nenek.

Masa hr arwah nenek meninggal tu lah hr 1st aku minta keluar wad n balik umah..tapi keesokanyer sebelum kol 12 tgh hr aku kene ada kat wad...aishhhhhh terok tolla doktor ni..aku bru nk melihat dunia luar....2mnggu dok teperap dlm wad..bile dpt kuar mcm kera dpt bunga aku ni..hahaha

hr2 sterusnye aku ad gk mnta balik...kdg2 dpt kdg2 xdpt..slalu sgt minta balik mmg r xdpt kan...aku dok hospital sampai aku habis opration....2bulan tu....mcm dlm pnjara aku ni.....kesian2..bab oprate len hr aku citer..dh ngantok sgt ni...babai..

~Chocolatepink~

Kasihnya Ayah dan Ibuku

Ayah dan Ibu hanya satu dalam dunia....xboleh diganti dibeli...itulah darah daging kita....Banyaknye pengorbanan mereka padaku...tak dapat ku balas dengan wang ringgit..Niat hati aku bila dah graduate ingin lah mebalas jasa mereka apabila mendapat kerja satu hari t...tapi apakan daya hajat yang selama ini aku angan kan hanyalah angan kosong...bukan aku beri kesenangan pada mereka tapi aku memberikan kesusahan pada mereka....lebih susah dari sebelum ini...

" maafkan ika mak.. "
" maafkan ika ayah... "
" ika xdpt nak bagi kesenangan pada mak n ayah.. "
" malah ika dah banyak menyusahkan mak n ayah... "
" ika xminta pape pun dari mak n ayah... "
" ika cuma minta dua jer..."
" pertama..mak  ayah bersabarlah dgn perangai ika ini... "
" kedua..ika harap mak ayah dpt jaga ika sehingga ika sihat..atau kalau ditakdirkan tuhan untuk ambil nyawa ika mak bersabarlah sehingga ika tutup mata ika ini... "
" ika syg mak ayah.. "
" maafkan ika kalau ika slalu wat mak sakit hati...dan terpaksa ikut keinginan ika.."

Orang pertama yg tahu penyakit aku ayah dan makngah(ayah aku nyer kakak)..mak dirumah sbb mak jaga anak orang....tp myb mak org ketiga y tahu....bila mak dtg hospital ayah akn berpesan pada mak jgn menangis dpn aku.....Ya Allah betapa risau nyer mereka kalau melihat air mata aku....Tapi mmg aku xpnh mnangis dpn mereka..bila mereka balik aku akn mnangis....tp mnangis aku xterok...sbb takot psakit n nurse prasan aku nangis..smpai skrg seingat aku hanya 2kali aku mnangis dpn family...maafkan ika keran terpaksa juga mnangis.....

~Chocolatepink~

Sabtu, 28 April 2012

Aku Pasrah

Detik waktu yang berlalu terus berlalu...
Apa sama diriku dengan mereka?
Hati bertanya dan sendiri menjawab..
Mereka lain....Kita tak sama dengan mereka..
Masing-masing dah di tetapkan bahagian masing-masing..
Mungkin kita anggap bahagian kita paling derita..
Tapi kita kene tahu masih ada mereka yang sangat derita dari kita..
Hati ini memujuk diri yang bersedih...


Mungkin sekarang kita merasa diri kita rendah..
Dan kita tak tahu satu hari nanti mungkin kita di beri kebahagiaan..
Biar pun diri ini ada kekurangan tapi masih ada kebahagiaan dari-Nya..
Sabarlah wahai diri..ini bahagian kita...kita dah nmpak dugaan untuk kita....
Janganlah kau seksa diri yang tidak bersalah...
PASRAH.....


Edit by Rusfainy Atikah Azman
12:30p.m ( 25.04.2012 )


~Chocolatepink~

Sabtu, 21 April 2012

From My Mr. Remy (2)

Di waktu ku kesepian...
Kamu hadir menyeri kan hidup ku...
Luka dihati ku sembuh kerna dirawat cintamu..
Dunia ku yang gelap kembali bersinar..
Diterangi cahaya kasihmu..


Kamu mewarnai hidupku dengan pelangi indahmu..
Janganlah kamu jauh dariku..
Kerana hidupku ibarat istana yang tiada penunggu..


Saya perlukan awak saya rindukan awak...----->

By : MR. REMY CROSS
18.04.2012




~Chocolatepink~

Jumaat, 20 April 2012

Dia Pun Mau Jugak...

Cantik tertarik menarik kau memang debooOOOOMM!!!!!!

ONE

Hey awak-awak semua saya jugak ada fesbuk....engat awak-awak aje ke yang leh ada fesbuk?baby2 pun patot ada tau sebabnyer nak add kawan2 baru yang sama2 berada di hospital masa baru kuar dari pewut mama saya..bak kata mama saya silaturrahim sampai bsr..heeeee......
~: saya kuat muntah..dapat je mangsa say akan muntahkan..padan muka semua orang asik rebutkan saya jer.. ~
~ Saya akan mnangis walaupu orang agah saya untuk begurau..ada kakak tu pagi2 suka bersin...anjat gugurl tau...apa lg sy serang dia dengan tangisan saya.. ~


TWO

Hey boboy2 di luar sana saya berumur 4tahun..tapi ite dah ada awek..dah rancang untuk berkahwin...bila ibu ite keluar bekerja saya tinggal diruma pengasuh....suke nyer tinggal diruma pengasuh..nk tahu sbb apa??sbb ramai awek2..dr y umur 5bulan hinggalah 23tahun....dorang ni berebut2 nak kawin gn kite tau...hey handsome sgt k kite ni...kite tgk muka kite mcm AARON AZIZ jer kot...xpe2 kite dh plih dh sape y kite nk...ni pic kite gah kol awek kite..awek kite tuat majo...benci boboy tau gugurl tuat majok!!!!!!


Pssssss****
dua-dua ni antara budak yang mak aku jaga...yang baby tu sngta comel tau...yang lelaki tumemang di ni suke bergaya..pantang nak snap muka dia a je memek muka n gaya yang dia wat...mencik gugurl...over tau boboy ni....!!!


~Chocolatepink~

Khamis, 19 April 2012

Bad Mood Today

~ Apa salahku apa dosaku Ya Allah . . . . Sekiranya aku leka dengan parintah mu KAU sedarkanlah sekarang  . . . . . Sesungguhnya aku ingin menjadi umat mu yang soleh . . . . . Aku sedar aku tak layak untuk ke Syurga dan aku juga tak sanggup untuk ke Neraka . . . . .  ~


Hari ini ada appointment hospital...jumpa pakar dari KL ...nak tahu plan doktor seterusnya...bila dah bincang ap plan semua...hati sebak....dah tak tahu nak kata apa..mulut hanya membisu....pikiran ntah kemana...Ya Allah ap yang aku dengar betul?bagaimana dengan hari akan datang...sekarang hanya ingin gembirakan hati sendiri....lupekan apa yang doktor cakap...okeylah nak tenangkan hati yang sedang kesayuan...Babai...


~Chocolatepink~

From My Mr. Remy

Setiap nafas yang dihembus,
Setiap degupan jantung,
ku selalu memikirkan mu,
Ternyata ku perlukan cinta darimu sayang,
Baru terasa ku bernyawa..


Kasihku..
Ku amat mencintai kamu,
Kerana kamu beri ku erti kehidupan,
Ku kan terus mencintaimu hingga akhir hayat..

******petikan lagu ANUAR ZAIN
By ; Mr. Remy Cross
04:06:49pm ( 18.04.2012-Rabu )

Jiwang tak Mr. R aku ni...hahaha..dia ni mmg suke berpuisi..suka berkaunseling....kdg2 dia akn hntr msg mcm ni...ni pun mula2 aku y send msg jejiwang kat dia...sbb smlm adalah gegado bebudak sesikit..hehehe...masing2 ada keegoan...so stengahari lah xbercontact...xtahu nk ckp slh sape...Then bile masing2 da okey..jejiwang monyet akan bermula dgn tnpa hentinya......
`~Dalam Hati Ada Tetaman~`


~Chocolatepink~

Selasa, 17 April 2012

Untukmu Sahabat

Kita tak pernah kenal tika dulu...
Kita bertemu di suatu tempat...
Untuk kita bersama menimba ilmu...
Kau ada tika ku susah...
Kau datang tika ku perlu...
Walau waktu senang kau masih disini...
Bila aku jatuh kau lah tongkat untuk aku bangkit semula...
Kau juga semangat untuk aku menjadi kuat..
Aku bangga aku terharu..
Kerana adanya kamu semua...


Sahabat . . . . .
Andai satu hari aku pergi dulu...
Tahanlah airmatamu dari terjatuh...
Hadiahkan lah aku serangkap Al-Fatihah...
Kenangilah waktu kita bergelak tawa...
Sukaduka yang dilalui jadikanlah satu kenangan...
Kenangan yang indah untuk persahabatan yang terjalin...
Kau segalanya untuk selamanya....
~ TERIMA KASIH KAWAN ~

Edit By Rusfainy Atikah Azman
12:30a.m ( 15.04.2012 )

~Chocolatepink~

Isnin, 16 April 2012

Kepahitan 2011 - part 5

continue from KEPAHITAN 2011

Pendarahan da xmacam biasa slps mndpt rwtn hospital..tapi aku ni kdg2 ksihatan tu okey kdg2 xokey..ekot kitran haid bila haid dtg mula la sakit...pastu tepon ambulans bawa p hospital ....nasib baik ayah aku ni keje sebagai pemandu ambulans dekat klinik Ayer Molek...so kol ambulans je...tp kdg2 bhaya juga naik ambulans..sbb ambulans ni laju pastu bila terentak2 pewut aku akan sakit..tp xpe yang penting cpt sampai n terus ke wad kcmsan...

Sekitar bulan 8 lagi satu dugaan datang, buang air kecil lak tak lawas...... buang air tu boleh tapi kejap2 nak ke toilet... makin hari makin susah aku nak buang air kecil..siksa gila aku masa ni.. nak tidor malam pun xlena setiap 15minit mesti nak ke toilet.....aku hanya bertahan slama sbulan.....

Kemudian pada 23.09.2011 aku ada raptai konvo...aku kuatkan hati pegi raptai sebab nak bersama kawan2 tercinta....hari raptai tu pun keadaan buang air masih susah n makin susah..tapi hanya bertahan...stelah beberapa lama pendarahan berhenti...boleh pulak masa hari raptai tu darah tiba2 kuar banyak..tapi yang pelik sikit pun darah tak tembus pada kain aku..alhamdulillah... dan nasib aku baik sebab darah kuar time raptai dah habis n kami semua nak gerak balik...alhamdulillah....so pada hari raptai keadaan sangat tak baik...

ketika hari raptai berehat sebentar dirumah sewa member..nampak je aku senyumkan tpdlmhati aku sape yang tahu..... :-(
**********************************************
Pada malam hari aku pi klinik sbb nak buang air kecil sgt sush....terasa nak buang tapi air kecil tu xleh kuar...seksa sgt masa ni....pastu aku dah melalak...malam tu aku pi la klinik kononnyer doktor akn bg ubat ken**** tapi.....aku kena marah dengan doktor ada la..sebab nyer doktor suruh aku pi hospital malam tu jugak..aku dah menangis2 depan doktor tu n bagitahu yang aku ada konvo esoknyer....doktor tu mrh dia kata konvo penting ke kesihatan penting? Dia kata perut aku da buncit sgt n dah tegang...

Kuar dari bilik doktor, mak bgtahu ayah..ayah plak marah aku kat dpn2 org...ayah pun suwo aku pi hospital malam tu jugk tp aku sbleh2 nak pi konvo...so balik rumah bincang... tiba kat rumah terus pi rumah makngah aku yang terletak sbelah umah..bincang..makngah xkesah aku nak pi konvo..so ambil keputusan p mintakan air kat kampung aku tok aku bertahan selama sehari...alhamdulillah walaupun susah nk buang air tapi kesakitan n ketidakselesaan aku berkurang...
************************************************

Tibalah hari aku konvo...keadaan tak selesa sebab duduk dalam dewan sangat lah lama...bila terasa nak buang air bdn msti lemah...aku mampu bertahan....setengah ahri aku di poli....kali ni aku xdpt nak snap pic bersama keluarga...tp adlh jgk aku amik pic kombo yang org dtg katpoli tu...sbgai kenangan...n amik pic dari kamera member aku..masa aku amek pic dari kamera member tu mak aku dh balik sbb mak pun da sakit kepala....aku paksa jugak bibir aku senyum walaupun aku menahan kesakitan...

tengok...dorang suruh semua lompat n baling bunga atau buku...aku terkecuali hanya membaling jer..ceteka mane aku? (paling kanan sekali....)

Lepas dah balik tu aku terus ke rumah nenek aku sebab aku nak terus ke hospital.....nenek aku pun dalam keadaan sakit..so 2kereta berkonvoi menghantar orang sakit ke hospital..satu kereta yang dipandu adik aku membawa aku n mak....satu kereta lagi yang dipandu pakcik aku bawa arwah nenek aku n makcik aku...
Arwah nenek aku terus dimasukkan di tempat kecemasan...then aku di tempat pesakit luar yang tak kritikal... peh punya lah lama nak menunggu sbbnyer dktor xad...smpai la kmlm bru aku ditolak kebilik apa nth tok jumpa dgn doktor pakar n memasukkan tiub kencing..lepas dktor dh masukkan tiub kncing tu keadaan sgt lega......

okeylah kwn kite smbung k next story okey.....maaf ye ntry kalini sngat pnjg...perjalan kisah hdup aku pun masih pnjg lg....babai all...


~Chocolatepink~

Ahad, 15 April 2012

MyBFF engagement-PIJA

Assalamualaikum...awk semua sihat x?aku baru je kuar spital ptg td..ksihatan stkt ni okey la jugak..tp y sakit dlmn tu aku xthu nk ckp mcm ne....mudah-mudahan bertmbh baik la hendaknyer..

Aku nk citer sikit hr bhagia kwn shidup semati aku ni....HAri bahagia bukn pekhawinan tp pertunangan..perkhawinan tunggu tahun dpn..hehe...eee...xsbr gugurl nk tunggu thun dpn..


Pada 08.04.2012  yang lps Nur Hafizah ni selamat di tunangkan dengan si Naim...aku panggil Hafizah ni kakak...si naim ni aku panggil apam....happy tengok dorang ni dah tunang..majlis nye pun meriah...mjlis nye 3 in 1...kenduri mak ayahnyer nk p haji...cukul jambul..tunang..smpai k ptg aku menginap kat umah dia....kesian MR. R aku...kena dok luar sorang2 sehingga la si apam ni smpai bru la dia ada kawan...aku tumpang bahagia mereka dua org ni da tunang..harap tahun depan segala yang dirangcang berjalan lancar..

Tapikan paling tak bestkan...member kami yang sorang tu yang nun jauh disana(KL) tu xada masa hr pertunangan kakak...sedih tau....lau x leh amek pic kami bertiga....tp xpe..t kakak kwn msti ada tau sygku...!


Cantik xkaka sy sorang ni...cun habis la dia hari tu...mekap ni si tunang nye punye kakak y mekap kan..sbb kakak tunang dia mak andam..mekap+pelamin guna tunangnye punye kakak..sape2 nk gune makandam ni mai la contact2.hehehe....

ke la kata-kata dr adikmu ini...SEMOGA BERBAHAGIA BERSAMA APAM hehehehe......zzzzzzzzzzzz

~Chocolatepink~

Khamis, 12 April 2012

Kepahitan 2011 - part 4

continue kepahitan 2011

Hari demi hari kesihatan makin xbaik..pendarahan kejap ada kejap xada...da jadi tak normal macam biasa...sehari tu darah kuar dlm 2 k 3 jam pastu da xkuar...kalau pendarahan tu kuar pagi tgh hr  smpai malam drh xkuar da,,,kalau darah kuar ptg pagi tgh hr mlm aku okey mcm biasa...pastu setiap darah kuar aku akan sakit perot terok...lebih terok dari senggugut....sejak bulan 4 tahun 2011 tu aku setiap bulan dikejarkan kehospital bahagian kecemasan...sebb sakit y keterlaluan...
Setiap kali aku kena tahan wad doktor hanya buat scan pada perut ak..pada mulanya doktor kata xdpt detected apa2...pastu doktor kata ada darah beku dalam rahim aku..tu yang aku slalu sakit perut macam nak tercabut nyawa dibuatnye....tapi dalam masa sama aku hairan...pendarahankeluar terlalu banyak tp knp dalam masa 6 ke 8 bulan aku tak pernah kena masuk darah...sampai sekarang kot kehairan sampai botak aku dibuatnya,,,opppsssssssssssssss

paling hati aku sedih spnjg sakit..mak aku...bila aku xthn sakit stiap kali aku mnjerit mnahan kesakitan mak pasti turut mnangis..kdg2 mak xtnjuk kn yang mak mnangis..mak akn lari p tmpt lain n mak mnangis...

Dalam masa aku buat rawatan di hospital aku juga ada usahakan perubatan secara kmpung....spnjg aku sakitni xtrkire da brp tmpt aku p...slagi terdaya aku akn usaha...tp psl prubtn kmpungxpyh lh diceritekn disini..heeeeeeee....

dktor prnah syorkan buat pmbedahan kcil tok bsrkn pntu rahim..tp makcik pakcik aku x stju dgn cdgn dktor....sbb bile nk bsrkn pntu rahim..da tntu2 pmbedahan itu dibuat dr bwh...risiko nye kite sbgai perempuan y belum kawin akn trcedera di bhagian dara kite...so xada la buat.


Sambung kg ye dugaan aku ni..panjangggggggggggggg citernye..k babai all..

~Chocolatepink~

Selasa, 27 Mac 2012

Pengalaman Dato' Sarimah Ahmad(ARTIS)

Kali pertama berjumpa Dato' Sarimah sangat2 la xpercaya..serius tengok muka Dato' Sarimah sejuk je mata ni memandang...nampak muda tau..memang macam xnak pandang kat tempat lain jer..tp t apa  kata Dato' plak kan....t aku di cop LES plak..oppppssss.agak keterlaluan disitu...

Caye tak caye...Dato' ni umur da 74 tahun ni.....selepas bertukar pendapat tentang penyakit aku n Dato'.. di Merlimau Inn

Hari tu Dato' Sarimah n group nya ada wat seminar tentang produk beliau....So sepupu aku ni dia jadi ahli produk tu dan dia buat temujanji untuk temukan aku denganDato' Sarimah...Just untuk berkongsi cerita dengan DAto' n mendapat kan nasihat darinya serta kebaikan produk tu untuk aku..



~ Dato' Sarimah pernah mengalami kanser otak,hidung dan lidah pada tahun 2010. . . . Doktor mengesahkan Dato'hanya boleh bertahan 3bulan shj lg. . .Tapi Dato' Sarimah tak pernah lemah  n menerima berita ini dengan redha dan tabah.....katanya dia percaya penyakit itu datang nya dari Allah dan Dia akan pulihkan kembali. .

~Dato' Sarimah tidak pernah menjalani rawatan kimotheraphy serta membuat sebarang pembedahan kerana menyedari keadaan beliau yang uzur..

~Beliau sentiasa mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran dan tidak pernah lupa dengan air zam-zam. Semasa lidah beliau keras macam beliau bukan hanya minum air zam-zam. . . .air zam-zam juga diletakkan di dalam bekas penyembur dan bila lidah beliau terasa keras beliau akan smbur pada lidah...setiap kali baru bangun tido beliau akan mencapai air zam-zam dahulu...

~ Beliau kini menjadi Pengerusi Fablous Global Sdn. Bhd. (produk yang berasaskan minuman Stem Cell tumbuhan) ..... Selepas beliau mengamalkan produk ini beliau nampak keberkesanan produk ini pada diri beliau..katanya "Jika ada orang lain yang makan produk ini dan berkesan sayalah orang yang gembira"..

***petikan ada yang diambil dari majalah wanita

~Chocolatepink~

Sabtu, 24 Mac 2012



~ OKEY..... BLOG SAYA CANTIK....PERASANTAN SAYA...OKEY LA KAN DARI YANG SEBELUM NI...PUAS HATI SIKIT...SIMPLE...ITU YANG PENTING... ~

~Chocolatepink~

OrAng kAta..Tp kIta mEngalAmi..

Terasa nak melepaskan sesuatu apa yang terbuku dalam diri ni...Ya Allah kuat kan lah aku dari ianya mengalir seperti sungai yang bersih tanpa kotoran..Kuatkan lah hambamu yang lemah ini...
Kadang2 bila orang tengok kita sakit orang suwo kita kuat..jangan nagis..jangan down..lupekan kesakitan tapi janga lupe diri...***tp jgn lupe diri aku yang mnambah2kan jer.. dan berbagai lagi lah kata semngat yang diberikan..aku pun hanya mengangguk sbagai tok mengambil hati..**terjahat disitu kejap
  • Orang kata kuatkan diri..Tapi...orang xtahu kita yang mengalami kesakitan itu sudah lengkap dengan sgala senjta seperti pedang samurai, parang n berbagai lg senjata untuk menjadi kuat..walaubagaimanapun kelemahan dalam diri tetap ada walaupun xbanyak..sikit je mesti ttap ada klemahan tu..
  • orang kata jangan nangis..tp bile ada je satu perkara yang berkaitan dengan penyakit yang kita alami kita tetap akn mnangis walupun ianya dlm hati..luaran knonnya kita gembira..berhuhahuhahuah..tp ht hanya tuhan shaja yang tahu aku ingin kawin.okey sila kata aku ni mengenyam....da bape bulan bila hati aku sedih aku hanya nangis dlm hati..da banjir da dlm badan aku ni...habis segala usus rosak..psstttttt kwn2**agak2 bleh minta duet mangsa banjir dengan kerajaan x?
  • Orang kata jangan DOWN...mane bleh beb..bile kita tgk kawn2 smua da ad kerjaya..Da kawin da tunang..kita pun nak merasa nak macam dorang semua..ni tak aku dok umah badan makin hari macam belon..terasa la rendah dri..dan selalu menggap diri ni macam xgune..beljar sampai 3tahun tp akhirnye dok rumah jugak...nak kawinnnnnnnnnnnnnnnnnnn....uwaaaaaaaaaaaaa.....****okey aku ni mmg jenis yang tak tahu sedar diri yang dalam kesakitan tetap nak gatal2....
  • Orang kata LUPEKAN kESAKITAN...aiiissshhhh dorang ni engat penyakit ni leh senang2 kite nak campak mcm pakaian da buruk n terus lupe k? da tentula penyakit tu da serasi dengan badan kita...so setiap hari penyakit tu ada je..sehingga la ianya hilang baru la kite leh lpe...bile org dtg mlawat kita pun da tntu2 la dorang bertanyakan tntg penyakit...mcm la nk lupe....bkn dorang dtg lawat aku tetibe nk tanya "da ada pakwe?"..."bile nak kawinyer tu".."makcik ada anak laki...handsome..."...xmungkin.....jauhi la orag yang begini...ahaha..

Apapun terimakasih pada semua yang banyak memberi kata semngat n dorongan serta berkongsi cerita tentang pengalamn yang pnah dihadipi...Dan aku bersyukur sentiasa dikelilingi mereka yang menyayangi aku n selalu ambil berat..Terutamanya :
  • FAMILY ~  yang sentiasa ada bersama setiap waktu n sabar menahan kerenah n kehendak aku yang sememamng nye gedik...

  • PAKCIKMAKCIK/NENEK ~ juga selalu berusaha untuk ubat kan aku n ambil berat serta bantu aku bila aku dalam kesusahan..


  • SEPUPUSEPAPAT ~ kpd adik2 spupu tq sbb kdg2 terpaksa korang menyusahkan diri menjaga aku di hospital dan kakak n abg spupu juga tq bersush pyh tok mncari jln tok owang sembuh

  • AWAK(MR.R) ~ terima kasih sbb terimadiri yang srba kekurangan..byk mmbantu sy n salu meyakinkan diri sy y selalalu TERdown dgn sendirinye...jom kite kawin wak...aku mmg suke main kawin...sbb tu n3 aku kali ni byk pkataan kawin..
  • SAHABAT ~ selalu bertanya kbr tntg diri ini serta byk mmbantu untuk sembuhkan sydrpenyakit..sbb dorang nk aku kawin cpt....**agak TERtipu disitu ....

    TERIMA KASIH SEMUA>>

~Chocolatepink~

terJah CitEr lamA Kit

Related Posts with Thumbnails